Powered By Blogger

Wednesday, May 25, 2011

Ada ja kat sini=P

salam..
hola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
panjang gila sebab nak habaq kata rindu kat blog=P
lama hilang kan?
xpi mana pon..sebuk study n exam..
minggu lepas 1 paper,minggu ni 4 paper berderet.
rasa badan xsedap.mcm nak demam..tekak perit ja...sat panaih,sat hujan.malam ni pon hujan lebat sangat..guruh dengan kilat selang-selang..seram rasa..tapi sebab takutkan exam,demam pon xjadi nak demam..bleh plak cmtu.hoh.tp memang raami pon cmtu.so,esok last paper,rasanya dak batch aku ja kot.hostel dah kosong,hati dah xkeruan..baca buku mengantuk.jantung,paru-paru,pankreas,usus,jiwa raga bakul suma dah ada kat rumah..rindu kat mak ayah.tapi esok malam aku tak balik kedah..teruih pi johor.teman keklah.pastu nanti balik rumah sama-sama.kak yong aku kawen cuti ni..jemput la mai rumah kalau ada kawan-kawan yang terbaca.sian mak ayah kena buat preparation banayak.time keklah kawen dulu cuti hujung taun.ada bnyak masa nak tolong-tolong..tapi aku kena p johor sebab nak teman keklah drive..hasben dia pi belayaq sampai songkla nuh..sian dia dok umah sorangT__T..xpa2..nanti adik sampai sana adik masak apa ja hat keklah tringin..habaq mai!!hehe..keklah ada kursus,so hari selasa baru bleh balik.rabu baru sampai rumah.jumaat kak yong nikah,ahad kenduri..oo mak kau..xlama dah..huhu..dahla aku dah gemok skarang..haha..xdan nak kuruih tuk kenduri..hehe..oklah,nak smbung study.nanti kat Johor aku apdet lagi=))see ya!doa aku tuk last paper esok..bubbai=)

me + atie = rumate
aku rasa pipi mekti lagi tembam dari pipi aku..
tapi mengapakah pinggang aku lagi tembam dari pinggang mekti!!!!
tidakkk!!!!
tunggula suatu hari nanti akanku buktikan!hoh..!!
sblom habeh sem8 aku nak kuruih dari hang..macam mustahail ja??
sudah!!pi study!

*teringin nak makan nasi ambeng!!hope leh makan kat johor nnti=P

Thursday, May 12, 2011

Monolog >__<"

bermula daripada merangkak,aku dilatih berlari..
tapi sekarang saat aku berlari..
aku toleh kiri dan kanan,xdak org berlari sekali.
perlukah aku tunggu atau teruskan berlari?

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mak +__+

me:mak..lutut luka..tetomoih waktu main futsal..
mak:pandai ka main yang dok pi main tuh?
me:dok.tak pandai
mak:tak pandai main buat apa?
me:huhu..sja la..ada aktiviti maktab..depa buat tuk budak pompuan ja..
mak:len kali toksah dok main dahla..dok gagah buat pa...
me:ala..saja ja main syok-syok ja..bersyukan..kasyi syehat..nghee

sorila mak,.saya anak mak yang paling ketegaq sekali..dan mungkin jugak ketegaq berkali-kali..nghee..itu yang bab ketegaq.bab2 lain tak kira lagi tuh.kalau buat buku dah bepuluh buku dah.hehe..maaf ya mak..

Mak,bukan sempena hari ibu semata,,tapi ucapan ni ikhlas dr adik buat mak.trima kasih untuk semua,esok hari lahir saya yang ke 21..alhamdulillah,dah 21 tahun dari tarikh keramat mak lahirkan saya..semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita yang lalu.semoga mak panjang umur,dan bahagia sentiasa.saya jugak berdoa agar dipanjangkan umur sebab saya nak balas jasa mak ngan ayah balik.walaupon mustahil untuk saya balas semuanya.ameen..

salam sayang buat Mak.
adik sayang mak=)
mak dan mak mak

Thursday, May 5, 2011

Wanita berkain batik yaw..

salam..
hola mola!!!

kisahnya bermula begini:

tadi petang,dalam pukul 2.45petang..aku nak ke bilik cik pehan,nak kirim duit suruh bayaq bill brodben.aku habaq kat pehan nak pi bilik dia pukul 2,tp sebab terlalu asyik serta leka dan tersadai di atas katil sambil membaca riwayat hidup pendita zaba,aku terlupa..

tibajah cik pehan col bgtau dia dah nak bertolak.dek kerana terkejarkan masa yang bergerak pantas ibarat kudungnya lipas(saja gedik nk bagi rima akhir sama..ahaha)..aku pon salin baju nak berjalan pi blok sebelah.nak tukaq baju baru,...tak mandi lagi,nak pakai baju kurung tadi.. dah masuk dalam bakul.

haih..mau tak mau aku capai tshirt dalam lemari,pastu carik seluaq xjumpa yang selesa..bleh pulak cmtu..haha..then,aku nampak kain batik ja paling atas,hoh..apa lagi..aku pon rembat.disebabkan ketinggian yang kurang mengizinkan,setiap kali,errr..i mean sesekali .tehee,ok sesekali aku aku pakai kain batik aku kena lipat masuk dalam hampir sejengkal agar kain tak meleret.tak ka sia-sia makcik kliner dapat makan gaji buta kalau aku pakai meleret!terus suci dari debu koridor blok aku.hoh

so time aku nak keluaq bilik tuh rumate aku baru balik mandi,dengan muka kagum dan teruja beliau memuji..

mekti:pewiitt..madi pakai kain batik!!perghhh...ayu seyh...nak pi mana?
me aka melati:ehem..melati mahu ke kamar melor..berhajat mengirimkan sedikit belanja bulanan buat kekanda Celcom...haaa....macam orang zaman dulu tak???
mekti..bueewwwekkk..orang zaman dulu apa kejadah,pakai seliper zaman sekarang..
melati:eh,tidak perasan pula hamba
mekti..blah la madi..baju tulisan omputih!!!ahahahhaa
melati atau nama sebenar madi:kan???ahahhaha..ni bukan oarang zaman dulu..ni macam orang asli dapat baju free!!!!(dengan suara yang agak kuat sambil bergerak turun tangga)

tibajah aku teringat..ada  anak orang asli dari sekolah kat gua musang menginap kat blok aku.kat floor bawah skali.ada program...haiyyakkk!!!camna aku boleh terlupa ni!!!huwaaa!!!dengan rasa keinsafan dek tersalah cakap,aku pon berlari pulang mendapatkan rumate.

me:mekti!!aku terlupa bawah blok kita ada dak skolah orang asli..huwaaa..aku takut nak turun..kena sumpit mati aku!!!

sekian,kesian aku..baru nak jadi wanita ayu berkain batik..las2 terkandas disitu..terus hilang keanggunan..yang terpapar hanyalah kekesalan dek kerana bersikap racist secara tidak semena serta tidak sengaja!!
 maaf maaf maaf!!!(gaya macam nabil maharajalawak)

 *mintak-mintak aku tak kena tulah posting kat kampung orang asli..ngheh3

Wednesday, May 4, 2011

daripada abg arwah shahir

Salam buat semua sahabat kepada arwah adik sy Ahmad Shahir Saad...Kenderaan yang membawa jenazahnya bertolak pada pukul 12.45 tgh malam td dr HUSM Kubang Kerian...dijangka sampai pagi nanti di Simpang Empat, Alor Setar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat arwah adik saya yang tidak-tidak putus berdoa utk kesejahteraan hidupnya ketika mendapat ujian kesakitan itu, tanggal 25/2/2011 tergerak hati ibu kami telefon arwah..tetapi sahabat baiknya dengan nada seolah-olah ingin berahsia yang arwah berada di Hosptal Terangganu..itulah pesan arwah kpd sahabat baiknya agar merahsiakan kepada pengetahuan family...pada malam itu juga kami bergegas ke Terangganu dan apabila tiba...hanya sekujur tubuh yang sedang menahan kesakitan..dalam keadaan anggota badan sebelah kiri telah hilang fungsinya akibat ketumbuhan di bahagian otak kanannya...ptg itu juga arwah dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian dan terus menjalani pembedahan kali pertama...selepas pembedahan beliau sedar dengan cepat dan keadaan arwah begitu berlainan dari sebelumnya...walaupun sebelum pembedahan...doktor memaklumkan segala risiko...namun berkat doa semua sahabat2...semuanya berlalu begitu sahaja..ingatan beliau tidak hilang tetapi hanya fungsi anggota sebelah kiri yg akan kekal...walaupun selamat menjalani pembedahan doktor telah memaklumkan mereka hanya membuang sedikit sahaja ketumbuhan tersebut dan kesannya terdapat benjolon di bahagian kanan kepala arwah...selepas itu...arwah menjalani pembedahan utk kali ke2..alhamdulillah pembedahan berjalan lancar...ketika ini byk perubahan berlaku pada arwah..dia banyak bercakap...dia kuat makan..dia suka berleter...sampaikan ayah kami pun kena...kami semua hanya mampu tersenyum dihadapanya...namun air mata ni tetap mengalir ketika kepala kami memaling ke belakang...pada ketika ini juga mak telah memaklumkan akan luahan rasa mengalah arwah dan terkilan kerana: cita-cita beliau utk mendirikan sebuah banglo utk mak n ayah dan menghantar mak n ayah menunaikan haji tidak kesampaian...mendengarnya dari mulut mak..sy sebagai abg sulung cukup tersentuh...Insyallah segala hajat arwah akan sy pikul...akhirnya doktor memaklumkan kepada kami utk pembedahan kali ke 3...w/pun kami agak berat utk membenarkan pembedahan kali ke 3 ni..tetapi demi utk menyelamatkan nyawanya...maka ia tetap diteruskan....setelah selesai pembdhan kali ke 3..doktor terus memaklumkan...inilah pembedahan terakhir utk arwah...dah x ada apa utk dilakukan ke atas penyakit arwah...dan...selepas 2 minggu pembedahan ke 3..keadaan arwah menjadi kritikal...last sy berjumpanya pada malam 1 Mei 2011..sebelum balik...arwah sempat membuka sedikit sahaja kelopak mata kanannya...itupun atas permintaan sy sendiri...dan..pada pagi semalam (3 mei 2011)..mak beritahu mata arwah terpejam rapat tetapi air matanya mengalir...dan pada sebelah petangnya...arwah mula tenat...dan selepas solat Magrib....arwah telah pergi buat selamanya disisi mak n ayah yg tidak pernah meninggalkannya bermula dari arwah sakit...ini saja yg sy dapat kongsi utk semua sahabat arwah...sepanjang arwah d HUSM ramai sahabat telah datang menziaraahinya dan memberi semangat pada arwah..namun ini semua ketentuanNYA...untuk semua sahabat Arwah Ahmad Shahir..teruskan perjuangan dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekarang...terima kasih..terima kasih...terima kasih...Insyallah jenazah Arwah akan disemadikan seberapa cepat yg mampu bila sampai di rumah nanti...Akhirnya sy bagi keluarga ingin memohon maaf dan jika ada apa2 urusan arwah yang belum selesai ..mohon hubungi sy di talian 019-442 4096 begin_of_the_skype_highlighting              019-442 4096      end_of_the_skype_highlighting......Al- Fatihah

Tuesday, May 3, 2011

Al-Fatihah untuk arwah Shahir saad..

 
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati