Powered By Blogger

Monday, October 4, 2010

Perkongsian:


mood adalah ustazah2 di malam-malam hari okeh.eh dah pagi pon...hehe..jom ikut ustazah baca,

Perjalanan kita di dunia, dari tiada kepada ada, dibentuk oleh tenaga yang Maha Kuasa. Potensi terbaik dibekal bersama, merudum ke buruk pun ada juga, terpulang diri pilih yang mana. Melebihi malaikat ataupun seterunya. Cerita kehidupan menarik dasarnya. Melihat ke belakang sejauh mana, menjadikan ke hadapan secerah cahaya. Bila disempit akal fikirannya, jadilah katak dengan tempurungnya. Ingatkan amalan sudah sempurna, rupa-rupanya masih jauh dari garisan penamat. Kadang-kadang kesibukan, boleh menerkam tanpa disedari. Kadang-kadang juga kelapangan mampu memberi serangan dalam diam. Jika mudah luluh semangat, carilah semangat dengan baca Kalam-Nya. Kita sebagai manusia yang sering lalai dan alpa seharusnya sentiasa diberi peringatan selalu. Sekiranya tiada siapa yang mampu mengingatkan, adakah kita mampu untuk menjalankan tanggungjawap sebagai insan yang ‘mengingatkan’ itu? Setiap detik dan saat yang kita luangkan untuk mengembeling tenaga demi melihat Islam menjadi agama satu, atau at least tidak dipersendakan oleh manusia, akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah Taala.
“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah”


* Penulis : Tuan Mohd Rezza.www.iluvislam.com

No comments: