Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

1 Muharram 1432

Salam Maal Hijrah kepada diri sendiri dan sahabat2,
semoga  menjadi insan  yang lebih baik,
muga kesilapan  yang lalu diampunkan dan  tak diulang semula,
muga sentiasa  dirahmati dan diberkati Allah,
muga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari semua segi dari tahun lepas.
insyaAllah..
ameen =)

Sunday, December 5, 2010

Potong,potong,Potong =P


baru balik 2 hari bapak aku dah mula MEMOTONG,ngheee ..potong apa???
walaupon harga getah mahal,bapak aku tak potong getah,,
ada yang lebih mahal..hehehe..
haha..cuti2 skolah ni bapak aku mmg jadi tok Mudim part time..
kadang2 khatan kat rumah aku ja..
harini bapak aku potong 20 ehem2..nghee
pagi tadi bukak mata ja aku dah dengaq budak2 ni dok menjerit2....haha..
dulu siap ada yang kunci keta dari dalam  n tekan hon tanda protes.ada yang habis baca yasin sepanjang dok atas meja khatan ..hehe..
bapak aku tak dak anak laki..potong anak orang punya jela..hehehe

ada kengkawan aku yang Potong dengan bapak aku..pastu nak malu-malu dengan aku..
hoh???yang memotong bapak aku..bukan aku..apahal nak malu ngn aku pulak..haha

 barisan lelaki melayu to be ,
sedang tunggu turn nak masuk toilet..
hahaha.semua muka cuak..

ini di medan sembelihan..=P

selamat menjadi lelaki uolls!!
dah penat-penat nangis time Potong tuh,,jangan disiakan okeh!!
 jadilah lelaki harapan agama bangsa dan negara.yihaa!!
jadi lelaki berguna hoccay~ 


*ada sesapa berani kacau aku??aku anak tok mudim tau..
nak kena potong??cobalah..hehe

The arrival

ish,,ramai kot haji muda yang hensem-hensem 
yang aku jumpa waktu nak sambut mak ayah aku balik haji..
sejuk mata nengok.ngheee..gatai noh..ahaa.
ish..rembat sorang buat laki syiok gak ni..hehe

kamal adli,bila  nak pi haji eyh???
nghee =P


keklah ,me n k.yong,,ainul n afifi.
rindu betoi nak jumpa mak ayah.nangis lebih dari budak2..haha

 alhamdulillah..dah sampai pon =))..

Thursday, December 2, 2010

tips taboleh pakai!!

weh..tips membakar kalori versi madihot tuh memang xboleh pakai..haha..
sumpah aku lupa nak warm up ngn cool down..hahaha..
hasilnya harini,aku sakit-sakit badan.especially kaki..
huahuahua..
harini ramai orang kampung mai rumah.
tolong masak rendang dengan ketupat.
esok buat kenduri sikit.
esok pak aji,mak hajah ngn macik hajah sampai.
semua orang tua-tua yang mai tolong masak tadi jalan siap buleh catwalk lagi.
sedangkan aku yang muda lagi cun ni jalan senget-senget..
sakit urat betis..wawawa..malu seyh...
tok2 tu semua dok tanya.
pasai apa dengan kaki hang???awat jalan herot-herot??
nak habaq senamrobik dalam rumah segan pulak...
orang kampung ni tengok aku makan roti cicah sardin pon kata macam omputih dah.
sebabnya; roti.adoila..
belom tengok aku makan  spaghetti kan?
so aku senyum jah..nghee..

padan muka aku,badan dah kurus jalan senget pulak....haha..

*dah2..nak tidoq.esok pukul 3 pagi dah kena bangun.pukul 4 nak siap.insyaAllah mak ayah aku sampai pukul 5.30.rasanya dalam pukul 7 kot baru buleh jumpak..mintak semua smooth ja esok.amin.

Wednesday, December 1, 2010

15/16 dan tips membakar kalori indoor,versi MadiHot~

 ni coklat lebihan hantaran kawen keklah aku ..hoho..
15 bijik daripada 16 bijik coklat yang ada dalam kotak ni..
semua aku baham!!huahuahua!!ngeri hoccay!!


sebab takut gemok,aku pon mencari inisiatif bersukan.nak membakar kalori yang berlori-lori ni..gegegege..memandangkan aku tak bawak balik kasut sukan..ha!!!ni ja kasut yang ada dalam rumah ni..ada la jugak sneakers lama,tapi malas pulak nak basuh..ngheee.
 

.lagipon bukan aku nak berjogging kat luaq ghumah.tak ka buang tebiat namanya berjogging dalam kampong.xpenah dibuat orang..haha..kalau kat taman adala jugak orang bersukan pagi-pagi or petang-petang..hehe..ini kampong yu olls..

haha..bila dah ada kasut..
maka,diri ini telahpon bersiap siaga!!
yihaaa!!!
aku pasang hitz.tv kuat-kuat..
seluruh rumah aku jelajah.
berlari-lari ibarat gajah~hahaha..
nasib baik rumah aku jauh dari rumah orang lain..hehe
dengan meriahnya aku feling-feling joget wondergel..
i wan nobadi nobadi bat yu!!
i wan nobadi nobadi bat yu!!
bila dah pakai kasut seterauberi cmtu takanlah pulak aku lari kat bahagian luaq rumah kan??haruslah dalam u olls..dari dapur ke ruang tamu ulang alik..hehe..dekat 40 raound jugakla..esok cuba lagi..hehe..

bukan apa tamau jogging kat luaq rumah..aku sapu sampah n siram pokok kat depan rumah pon dah kena mengorat.apatah lagi kalau aku berjogging.ibarat maria sharapova berjogging lah jawabnya.walaupon aku pendek sikit,,tapi adalah jugak iras-iras..nghee.konfem semua macik pacik nak buat menantu.anak dara pertama berjogging dalam kampong..hahaha..

*yang aku geram tu..yang mengorat aku semua budak sekolah.
mentang-mentang aku tak cukup tinggi..
chet..kuang asem betoi.kalau sekolah menengah oklah jugak.
yang aku marah  tu,budak sekolah rendah pon ada hati nak pewit2 kat aku.
memang nak kena piat telinga budak-budak ni!!
depa tak tau ka aku ni nanti nak pi jadi cikgu kat sekolah depa!!
haih..sabaq ja la..hehe..

Tuesday, November 30, 2010

harimau mati meninggalkan belang,jerawat pergi meninggalkan Parut~

aku memang sakit hati sungguhlah..jerawat kat muka aku ni  datang tanpa diundang..haih..kalau setakat mai melawat okla..ni dah melawat tinggal kesan pulak..adoi..parut bergudang bnyaknya..aku ni bukan jenis penyabaq nak tunggu dia masak.dia belom masak tangan aku mulalah nak buat operasi membanteras..manalah tak jadi parut..ngheh3.saat ni..ada 6 ketol jerawat segar bugar dari ladang yang senang lenang mempel kat muka aku..haish



kenapalah..jadi parut..cuba kalau jadi yang lebih berharga sikit..emas ka,duit ka..kan.
kalau lah parut ni ibarat emas.hoh.kaya dah aku,,dah buleh beli tshirt dkny sepoloh..kann....

huk3..dahla kakak aku nak kawen 2minggu lagi..time2 ni lah bnyak pulak  jerawat nak naik.badan dah maken tembam.jerawat pulak bnyak.adeh..baru berangan nak mengorat anak-anak kawan bapak aku yang kaya-kaya+hensem-hensem..gagagagaga..

*harap-haraplah ni semua mimpi ja..esok pagi bila aku bangun..entry  ni tak wujud..
dan aku still kurus comel,,putih suci muci tulus dan mulus seperti dulu kala time baby-baby..=P

Monday, November 29, 2010

sarapan men'SIHAT'kan badan..lalala

 15 minit pertama:20 bijik coklat herseys
 15 minit kedua 30bijik lagi..gagagaga


pastu bila rasa berdosa makan coklat banyak-banyak dan lansung tak bersukan..
terus insaf..potong jambu batu,,
bila kakak aku bangun..tngok adik dia tengah online..aku pon berlakon.. buat muka macam mengamalkan pemakanan sehat ..ngheeee

pstu maksu aku sampai bawak nasi lemak..hoh,,bantai makan nasi lemak pulak..
hoh..sudah..memang SIHAT lah aku lps ni..hahahahaha..

2-3 hari ni..aku punya nafsu makan!!! Adoyai!!..buas gila!!HAHAHAHA
bulan mengambangkah??? Saka Jentayu???aku nak jadi pompuan jadiankah??kalau jadian..aku nak jadi apa???bulan mengambang..aku mengembang???ngheee

dah2..nak kemas rumah..mak hajah ngn pak aji nak balik hari jumaat ni..rumah macam istana tikus..gegege..daa

Wednesday, November 24, 2010

Luka:Pisau atau Plaster atau ubat??


okeh..ada beberapa soalan yang perlu dijawab.semua berkisar bila kita punya masalah dengan orang.biasalah.inilah lumrah bersosialisasi..mesti ada suka,mesti ada duka.tipulah kalau tak pernah gaduh,terasa hati,sakitkan hati,menipu,tertipu or apa2 lah yang berkenaan dengan hati..

sebelom tuh..jom hayati 2 quotes nih .
1."hearts consist of permanent cells,when it gets hurt,the scar remains"
 2."healing of heart is a gradual process of unfoldment,one layer at a time"
(credit to maryani) 

so kita punya 3 pilihan untuk merawat hati yang sakit tuh.baiklah.pertama
PISAU:
ok.kita terluka.anda terluka.jadi apa yang boleh anda buat dengan pisau??anda terluka bukan??jadi apa tunggu lagi..guna pisau!!dan lukakan hati orang yang melukakan anda.so that orang yang sakitkan hati anda turut sama terasa pedih yang sama.dengan kata lain membalas dendam.

ataupon kalau anda terlalu lemah untuk balas dendam pada orang yang sama.mungkin suatu hari nanti anda akan sakitkan hati orang lain yang anda rasa mengancam anda.anda ulang perkara yang sama seperti yang telah dilakukan terhadap anda.LAKUKAN BERKALI-KALI..SAMPAI PUAS HATI.

*aku pernah tengok dan pernah jugak kadang-kadang buat.bila ada masalah..selalunya kita akan cuba untuk yakinkan orang sekeliling kita,bahawa orang yang bermasaalah dengan kita,adalah totally salah.jadinya kawan-kawan kita akan benci orang yang sakitkan kita.selalunya memang macam ni.melainkan kawan kita tuh ada otak dan mampu fikir dengan rasional.tapi most of them adalah menngikut emosi.

*ada jugak yang kena tipu.kemudian balas balik dengan menipu,.ada yang dipulaukan oleh satu group kawan.then dia creat group baru.pulaukan pulak orang yang buat onar kat dia.hoho.ish kalau ikutkan hati yang jahat ni..memang seronok guna pisau.buleh toreh-toreh.buleh kerat-kerat..eee..gerun pulak rasa..

untuk pengetahuan semua Pisau ni,sangat BAHAYA!..WHY??
sebab pisau jugak mampu untuk cederakan kita balik.
persoalannya...(eceh macam debat..haha)adakah kita rasa puas lepas kita balas dendam?
semestinya TIDAK!!
kita takkan pernah rasa puas.
sekali kita balas dendam,,
then kita akan sentiasa mahu balas dendam.
tapi sam[ai  bila??
hoho..Parah!!then..bila cubaan mencederakan orang lain tak berjaya,,apa yang kita rasa?KECEWA?SAKIT HATI?..
hahhh..abek kau...last-last diri sendiri yang luka..kalau time tuh masih ramai sokong kau mungkin ok.tapi kalau xdak orang macamna??
Jawab sendiri!!


hey!!!daripada meramaikan bilangan musuh orang lain..lebih baik ramaikan bilangan kawan sendiri!baru hepi.

kedua
PLASTER:
hurmm..guna plaster.. plaster,cover the pains..(pinjam anneh)..hurm..mungkin buleh..tapi kalau luka tu sikit ja..better tapayah plaster..bcoz it will slowdown the healing process isn't it?..kalau biaq luka tuh kena angin..cepat sikit kering..owh sorila..xdak scentific term nak prove..tapi setakat yang aku tau macam tu lah..tapi itu hanya untuk luka ringan..luka kecik..kalau luka besaq??hoho..tolong jangan guna plaster...simpan masalah anda??pendam sampai hilang??mungkin berjaya untuk sesetengah orang..tapi cara ni tak berapa digalakkan..sebab takut lama2 meletop.jadi bom..haa..lagi terok dari pisau..hehe..

*contohnya:kalau simpan masalah sorang mungkin buleh jadik murung..takpon  kalau pilih menangis..yes..menagis melembutkan hati..buleh bagi tenang..cuci diri..tapi..kalau pendam dan nangis sorang-sorang..cmna nak setel..??tak sembuh pon sakit tuh..lama-lama lagi sakit hati.makin terok jadi..


so Plaster hanyalah cara yang hanya sesuai untuk certain person.dan jugak ikut tahap injuries tersebut..nghee..


ketiga
UBAT

ubat..macamana nak dapat ubat??hurm..kalau terer..bulehja ubat cara kampong..tapi kalau tak terer...kenala jumpa doktor lah..hehe..ubat cara kampong maksudnya kenalpasti sendiri kelemahan dan kekuatan diri..cari yang paling sesuai..mungkin menangis,mungkin makan makanan manis,bergosip,bershopping,mungkin pi picnic..and ambik masa untuk solvekan problem.

sapa doktor??oh doktor adalah kawan yanh buleh dipercayai..kawan yang bukan cuma memberi semangat.dan mengiakan semua benda.tapi kawan yang mampu tunjuk apa yang betol,dan apa yang silap. 

kalau kita jadi doktor.rawat betol-betol pesakit dengan hati nyang ikhlas.apa doktor buat??kenalpasti sakit apa.baiklah..untuk mencari ubat yang paling mujarab.bagi nasihat yang berguna dan membina.kalau bukan bidang kepakaran anda..suruh dia pi njumpa doktor lain.
 bila doktor dah bagi ubat..makan..jangan simpan..hurm..pertama sekali jangan terus berharap tanpa usaha.terus berharap luka tu sembuh??sampai mampos pon xdak kesan..jangan takut dengan bayang-bayang..selidik silap sendiri,kenalpasti cara perbaiki.dan jagan menipu diri sendiri.jangan balas dendam seperti guna pisau.ataupon tutup luka dengan plaster tanpa letak ubat.

ada yang rasa ubat terbaik ialah menjauhi masalah,macmni:lupakan orang yang sakitkan kita.kalau dia memang ditakdirkan duduk sekelompok dengan kita??so how??hurm..lupakan masalah kita dengan dia.cut oll da memories tentang cerita tersebutl.

bak kata shelia kawan saya,bila kami bergaduh atau selilsih pendapat..memang jenis saya taboleh tahan lama kalau tak mintak maaf.so saya akan mintak maaf.dan dia akan cakap macamni..madi..terlalu bnyak gembira yang ada untuk dilupakan.jadi aku guna gembira tu untuk tampung sikit-sikit gaduh-gaduh kecik kita..hurm..bagus bukan?? memaafkan dan mel;upakan salah orang pada kita.i prefer this one sometimes..hehe

'there comes a time in life when u have to let go of all the pointless drama and the people who create it and surround yourself with people who make u laugh so hard that u forget the bad and focus solely on the good.After all,life is too short to be anything but happy'-anonymous-



anda perlu tahu ubat yang terbaik untuk diri anda.ada jugak yang berdepan dengan orang tuh..dan settlekan dengan cara berhemah..kalau anda ni jenis yang taboleh kontrol marah..better guna orang tengah..sebab takut maken terokkan keadaan..tapi kalau anda seorang yang cool..flexible dan matang..maka anda buleh selesaikan sendiri masalah tuh..


PARUT!!
*how about the scars??
 haha..jangan risau..sekarang dah bnyak ubat hilangkan parut..haha..mula-mula..maafkan orang yang buat salah..lepastuh maafkan diri..berhenti salahkan diri sendiri.mulakan hidup baru..senyum.BERTABAH!

"by feeling gratitude for the good times n forgiveness for the mistakes,the heart is filled with the love it needs to heal itself"-john gray
PALING PENTING AS A MUSLIM:jangan hilang arah..mintak pertolongan dan kekuatan dari Allah..sebab itu satu-satunya kuasa yang tidak lain tidak ,pasti dapat sembuhkan segala macam penyakit di dunia.

ALLAH KNOWS BY ZAIN BHIKA


When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

 kadang-kadang menda lain yang aku terfikir..tapi benda lain yang aku tulis..ngheee.
walaupon aku dah penat tak bersosialisasi kat rumah ni..asyik bosan ja mengadap blog takpon facebook.takpon tv .aku perlu untuk bercakap dengan manusia..aiseh..biaqpi lah manusia tuh cuma cakap 'hurmm' or 'oh,ok'..or 'oh aku setuju!!'..haa.itu a yang aku nak..haha..penat dowh bercakap dengan periuk kuali belanga.haha..nasib baik esok hanis nak mai rumah..buleh gosip lama-lama!!ahaa..anyway thanks to maryani and izzul gemok sebab buat aku gelak guling2..

Hoho..kenapakah explaination aku tentang pisau begitu detail??hurm..adakah aku mengikut tuntutan emosi??hahaha..bukan2..tengah menulis dari pukol 8 tadi..asyik terberhenti.. harini ramah dan ramai betol manusia kat fb tuh nak berchat dan berbalas komen..hehe..=P.time tulih part pisau tuh konsentrasi belom terganggu lagi.plaster ngn ubat tuh dah mabuk2 sket..hehe..nak tidoq..esok pagi nak mask nasi lemak.salam.

Diary kak dihah by amirol



hi..saya amirul..panggil saya YOL ,demok kan saya?ngheee..kalau tngok badan sya macam 25 taun..but saya baru 14 tahun,dan sepupu kepada kak dihah..disebabkan mak saya pon sesama pi haji macam maklong dan paklong,mak ayah kak dihah..so saya kena dok kat umah ni dengan kak dihah..baiklah...harini saya nak tulis rutin kak dihah untuk harini..enrty di ditujukan untuk dua2 orang kakak kepada kak dihah..maaflah kalau bnyak typing error..mungkin masalah genetik yang saya dapat dari kak dihah yang tersangat kelam kabut waktu menulis..hehe..

dear k.yong n keklah..sekarang baru kak dihah tau..susah woo nak jaga adik..tambah-tambah kalau adik tu gemok 3x ganda dari dia.maksudnya buleh diibaratkan kalau yol exident dengan kak dihah iabarat trailer vs kancil..huahuahua..harini seharian dia kena jaga yol..
n sekarang baru dia tau benda paling mudah untuk pastikan adik2 duduk diam ialah bagi perut kenyang n make sure adik tidak bosan dirumah..dia perlu layankan semua yang saya nak..haha..so harini seawal 7 pagi,kak dihah dah mula buat breakfes untuk yol..walaupon yol bangun pukul 11 tapi dia rilek jah..sebabnya yol tau..dia masak untuk dia makan sendiri..haha..yang penting dia ngun awal tuh..sepanjang xdak orang kat rumah ni,..siriyes dia bngun awai.jadi mungkin kita semua perlu percaya yang beliau memang tak bangun lewat kat maktab..dia ni macam bebal sikit bila ada orang..dia macam malas..haha,so bila xdak orang kat rumah,,dia jadik macam buleh diharap.macam ok..belom konfem!

bangun pagi ja yol tngok ada lempeng bawah meja..walaupon macam tak bes ja sebab lempeng tuh dia suruh cicah dengan gulai ayam instant..tapi..hurm..oklahh..yol makan ja..asalkan kenyang..pastu 

dekat nak tengah hari sebab dia malas nak masak,,
dia asyik tnya yol berkali-kali;
kak dihah:yol belom lapaq kan?kan?kan??..

haha..yol iakan ja..sebab yol tau dia malas masak..nasib baik mak cik muqit mai tolong masak daging goreng kunyit..gagaga..barulah mengagau kak dihah tanak nasi..malu lah tu dengan macik muqit sebab lambat masak...ngheh3..however..yol still tabik sring ar kat kak dihah..sebab 2,3 hari ni..kena masak ala2 zaman jepon gitew..periok nasik elektrik punah..so kena masak cara manual..walaupon hampir semua periuk dalam rumah ada kesan hangit sebab lepas tanak nasi semua pi lepak depan tv dan hampir setiap kali nasi rentoongg..lalalala..nak kaver malu kak dihah pon goreng telur dadar..aisehmen..masen nak mampos..ayuuuhhh..!!!terus terbantut niat perut yol nak menambah..adehla..

haha..n kak dihah jugak dah pandai consider..dah xberkira sangat..kalau bab makan dah tak memilih.wlaupon dalam hati dia yol tau dia nak makan burger yang sebelah kanan sebab nampak sedap..tapi dia biaq ja yol makan yang tu..hoho..macam tak percaya!!n kak dihah xkesah kalu yol nak guna laptop dia..dan tak berebut nak tngok tv..dia layan ja kalau yol buakak astro ceria..sian dia..walaupon dia xsuka tengok detective conan..tapi terpaksa jugak tengok..so kami gilir-gilir..kalau yol men laptop.kak dihah tengok tv..n sebaliknya..hehe..pastu kak dihah keluaqkan stok gula-gula dan letak kat sebelah laptop untuk pastikan yol sentiasa menguyah dan tabanyak cakap..haha..dan setiap 10 min dia akan jalan-jalan check samada yol bosan atau tak..hahaha..sama ja macam maksu..hehe

petang tadi..
dia masak bihun goreng ni..oh..sedap gila!!!sumpah sedap macam bihun goreng maklong.walaupon kak dihah tak penah belajaq secara direct cara buat bihun goreng.tapi kaedah kajian melalui pemerhatian yang dia buat..perghh..memang ternyata menghasilkan bihun goreng yang sedap gilerrr!!keklah perlu rasa gerun..sebab dah nak kawen taapi maseh belom mampu masak sedap macam kak dihah masak..gagagaga..yang paling taboleh tahan..ada peraturan sebelom makan..


kak dihah:selagi yol tak semayang asaq,yol taboleh makan bihun ni..huhu..
(sekilas ikan di air yol berlari amek wuduk and solat..)


lepas pminum petang kami keluaq siram semua pokok bunga maklong..risau gak..lama tak siram.3 disember ni maklong dah nk balaik..so kena pastikan semua terkawal..ngheh3.

pastu pkul 7 tepat walaupon belom masuk maghrib,dia dah kecoh suruh saya semayang..wat the fish?? belom masuk waktu pon..oh ok..feling2 ustazah dia dah mai..hehe..pastu dia tunggu saya baca Quran.so uztazah...haha


lepas tu dinner kami adalah burger ayam..woho..dia dah pandai guna teknik membahagi kerja.
contoh:yol!!kak dihah masak..yol tolong basuh pinggan tau..satgi kita makan..hehe

ingat yol tatau dia malas masuh pinggan ??hah?hehe..tapi takpa..sebab burger ayam wif mix sauces buatan kak dihah adalah superdilicia!

then bila malam ja..yol nampak kak dihah se,macam penat semacam ja.dia tidoq awal..nak on9 pon nampak tak berdaya lagi.penat mungkin jaga adik..haha..
*now she knows.. 

yang benar,eh silap,yang berat:
amirul hassan
~thats oll..SEkian..ops salah..
KESIAN!! hahahaha

*p/s :nasib baik mak ayah tabagi aku adik..hahahaha

Sunday, November 21, 2010

maksu the nanny

bila mak ayah pi haji,maka mulalah anak-anak mencari tempat menagih kasih sayang n makanan.hehe..
tok saya juga sgt protective.semua macik pacik adalah protective.tak dilupa kakak2 saya dah jadi penganti mak untuk saya mengadu .hehe..bila balik kampung..semua orang takut kami xcukup makan,takut kami sedih..hahaha..comel.dah terlebih kasih sayang dan makanan akhirnya.harini sya dok umah maksu di bukit mertajam.rasa mcm dok umah pengasuh time kecik2 dulu jah..haha..semua maksu pantau..haha

ini maksu saya yang over protective
walaupon sibuk layan tetamu yang meh makan kenduri kat rumah jiran sebelah ni.
dia tetap  mengasuh saya tanpa jemu..haha

 ap maksu buat???

1.menjerit berkali- kali dlm masa 1 jam suruh saya makan

antara jeritan maksu;

maksu:dihah!!!pi makan bubuq kacang!!!!ada kat luaq rumah!!!
maksu:dihah!!!pi makan roti,,ada ka meja nuh..
maksu:dihah!!!pi makan nasi,,siap dah masak..org belom ramai better pi makan sekarang
maksu:amirulll..pi amek nasi kat kak dihah
maksu:afifi:pi amek ayaq kat kak dihah
maksu:dihah!!!bihun sup siap dah..mai keluaq makan!!

dihah:maksuuu!!!!dihah kenyang!!stgi meletup pengut ni..xpa2..stgi lapaq dihah makan..hahahaha

2.memastikan bilik saya kondusif
  • kelam- kabut bukak aircond takut saya panas
  • berlari-lari carik extension plug nak suh saya online takut boring
 extension kasih sayang..haha

3.berulang kali masuk bilik tuk pastikan saya ok dan tak bosan..

maksu menjerit lagi:dihah..ni mai keluaq tengok acara kawen bawah pedang ni!!
                           hoho..saya pon berlari keluaq..haha
*again:
DIHAHHHH!!!pi ambek pelastik bungkuih makanan bawak balik rumah!!!
hhoho..i need to go..daa

sapa taksuka ada orang mengasuh..hehe..sampai mandi pon maksu suruh..haha..rasa macam kanak2 6 tahun jah..haha

hahaha..i love you maksu!!

KLCC,Dinosaur,Tarantula,Shawl,Gitar dan Manusia

 hari raya kedua melancong sambil bekerja wif k,yong ke kl.melancong or melencong..ahaa?? k.yong settlekan urusan dgn companyy kat kl.so bejalan la sikit kat keyel tuh..fes day ke klcc,second day ke taman tasik perdana,dino park,herbal garden..yang sekangkang kera.taman herba kat belakang rumah aku lagi besaq..haha..n jalan tunku abd rahman.xdak plan pon..jadinya lebih kepada melencong.ikut ja tayar keta tuh nk bergerak ke mana..hehe..

 quater of me and 3 quater of klcc
 me wif k.yong
posing selepas tegolek dokek batu batan belakang tu..hahaha

sapa kata dinosaur ganaz??ni siap buleh senyum posing seblah saya,gagagaga
 tngok ni sekoq lagi..manja betoi..siap buleh gosok2 hidung lagi..ahaks
singa dinosaur ka weh??hurm..konfius..


macik jugek telah memboli gypsy shawl di jln TAr..
ahaa..bes doh shawl neh.xpayah pakai brooch pon.
lilit2 terus siap.hehe..

 sempat jugak singgah n bermalam di rumah makteh dan menggila bersama kezen2 yang senget..rumah makteh dah macam zoo..segala macam hewan ada.ulaq,kura-kura,kala jengking,tarantula pon ada..saya pon cuba pengang jugak..bes..hehe..comel..harga rm300..ko ada??

 ini pulak posing ala2 yuna gitew..haha

*puas hati aku apdet bnyak2 harini..tamak gila..haha..

yang dirindu oleh perutku..ahaks

belom sampai seminggu balik kedah aku dah rindu nak makan NASI KERABU!!
aarghh..cne nih???uhuk..ni lah penangan study kat besut darul naim..lagi tiga taun study sini xmustahil aku tonggang botol budu..ngheh3




Saturday, November 20, 2010

raya gadis bujang

oh..sekian lama tak apdet..haha..camnilah jadinya.bila cuti dah bermula terlalu bnyak menda yang menggembirakan jiwa dirumah.terutamanya makanan..ahaa..ekceli xdak makan pon kat rumah..haha..lgipon sejak mula cuti hari selasa lepas saya tak stay kat rumah pon.sebab mak ayah nan ado..pigi haji..buat rumah macamn hotel jah.siang jalan2 merantau rumah sedara carik makan,then malam2 balik basuh baju,tidoq..esok paginya lepas subuh jalan2 lagi..haha..

raya tahun ni paling luar biasa.beraya berdua wif my k.yong.malam raya orang lain makan ketupat kami makan burger..oh..sedih..nasib baik paksu meh hantaq ketupat ngn rendang..hehe..merasala jugak feling2 raya..hehe..esoknya,berjalan sesorang pi surau solat sunat aidil adha.pastu layan kakak saya yang beraya sorang-sorang kat johor nangis dalam fon sebab beraya sesorang..sian keklah..haha..then beraya kat rumah macik depan rumah.makan sampai kenyang terus balik rumah tok.haha.paling penting malam raya pukul 12 baru tehegeh-hegeh bukak almari mak cari jubah..baju raya xdak..haha..makanya kami berdua beraya dengan fshion muslimah in black..ahaha

 secebis gambaq camwhore disitu..hehe
raya kami berdua adlah dalam kereta n shopping mall ..hehe

*proses mengegemokkan badan sudah bermula..ahha..GERUNN.ngheee

Wednesday, November 10, 2010

maaf ayah!!

hehe..tadi ayah col dari mekah

ayah:salam,,sehat?
me :sehat,,rindunya ayah!!
ayah..harini birthday ayah..adik tak ingat..???
me:aaaa..ayah!!..sory..sibuk sgt exam..hepi besday ayah
ayah:hehe..besday ayah pon lupa..hehe..tak pa..ayah semua sehat sini,mak kirim salam..

adeh..bersalah gila tak ingat besday ayah.bukan tak ingat tarikh besday ayah.masalahnya..harini berapa haribulan pon saya tak ingat..haha..isi borang kehadiran slip exam pon saya salin tarikh kat jadual dah tak ingat tarikh..hehehe y ingat peristiwa 13 mei..tu ja tarikh dalam otak..ahaks..mentang-mentang exam sejarah td..hehe

oh..maaf ayah..hehe..exam adalah cemerlang harini alhamdulillah..tapikan ayah..anakmu ini tak berapa cukup gagah nak kontrol debor amek test lesen jpj td..ahaks..fail..tak lepas naik bukit..benci dengan jpj tuh..kekwat sangat..uhuk..ntah apa yang aku nervous ntah..nak lawan pidato pon tak nervous mcmni..hahaha..apapon nak pi study tuk paper esok.harap molek semuanya..ameen

Tuesday, November 9, 2010

perjuangan saya dan ultraman cosmos

  hurmmm.. entahlah demam ultraman mungkin.sebab saya tengok hanis punya profile picture fb pon letak gambaq ultraman..n sepanjang musim exam ni,aku pon da jatuh cinta ngn ultraman sekoq ni.kepunyaan ain.isebabkan saya study di bilik ain maka,ultraman nilah yang teman saya.ain letak nama cosmos.walaupon ekceli bukan cosmos betol.tapi xsure pulak taro or tiga nama dia..nghee..
 representing~~~~~~~COSMOS bisu~ahaaa!!
(dia tadak mulut..sian) 

  this is da real cosmos.gagah bukan?hehe

saya dan cosmos  beradu tenaga bertarung dengan raksasa dari planet bumi  yang bersaiz lebih kurang 2 cm tebal dan 17 cm panjang,dan badannya dipenuhi calar balar yang dipercayai merupakan tulisan dari zaman purba..pertarungan masih belom selesai.maka saya dan cosmos sudah berjanji sehidup semati menentang raksasa ini..kaaabbooomm!!!

sejarah malaysia :jumlah muka surat 800++..
ubat tidoq terbaik punya..haha

tambah pulak musim-musim hujan ni semua orang ke hulu kehilir bersweater.maka saya pon turut sama sarungkan sweater lusuh merah putih kakak yang sudah berpindah milik kepada saya.

sudahnya,saya pulak dah macam ultragel sebab siap pakai hood walaupon duduk dalam bilik sebab sejuk telinga..ngheee..sekali pandang dah sejibik macam cosmos,bulat dan xberapa tinggi sangat.uhuks..tapi saya sayang cosmos sebab setia teman saya study sampai lewat malam..luv u cosmos..ahaks..

kita macam adik beradik kembaq la cosmos.
hey!jgn kacau saya study~nak kena fire!!!cubalah~

kita berdua,bersama menggegar donia..bergabung..malatops~ah

hehe,,memperkenalkan cosmos yang xdak mulut.
ekau sgt gobu wehh..den suko lenyek2 kao..nghee
sebab kalau perasan.ultramen ada mulut pon xdak bunyi.
juz bunyi siren kecemasan tu ja..hehe

*exam adalah berturut-turut hari rabu dan khamis.dua2 paper major.hari rabu lepas exam kena bergegas utk test lesen kereta.mengaharapkan semua baik belaka.amin.

Saturday, November 6, 2010

hadiah PERCUTIAN PERRRRCUMAAAA!!!!

macik SERONOTTT tahuu!!!..sapa tasuka weh..dapat hadiah percutian percuma..pi mana???hehe..hadiah percutian selama 5 TAHUN SETENGAH kat tepi Pantai Bukit Kluang,Besut Terengganu..dah 2 tahun setengah dah kat sini.ada lagi 3 tahun berbaki nak hirup angin pantai kat sini..insyaAllah... biaqpi lah xboleh pi blajaq kat oversea pon..dapat belajaq kat tepi sea pon jadilah...haha.. 5 tahun setengah percutian percuma hambek kau.habis ja grad nanti dapat gaji pertama dah tak lalu nak pi bercuti kat Bali tak pon mauritius bagai sebab dah jemu tengok pantai.hehe

apa yang bestnya dok tepi pantai ni..hoho..paling penting jimat kos.maklumla dah hujung-hujung semester kan..hehe..nak bershopping xdak duit..bila dah habeh tertekan  tak tentu pasai,bulehla berjogging ke pantai.selain mendapat kaki yang kurus,anda juga akan dapat kuruskan masalah.tapecaya?cobalah sendiri berdating dengan alam~pasti tak rugi.dengaq bunyi ombak pon dah berbunga hati..ahaks..tapi petang tadi malas nak berjogging.maka saya dan ain telah merempit ke sana..

ni tentatif percutian petang tadi..bes woo..walaupon ombak adalah kuat sebab musin tengkujuh,tapi tetap seronok. hilang penat study..eceh..macamla study sangat..haha..
  • 10 minit pertama layan jiwang dengaq bunyi ombak,
  • 10 min kedua main lari-lari manja dengan ombak..haha..ngada bunyinya,,
  • 10 min ketiga sesi syok seniri ambik gambaq..hehe

 musim tengkujuh haruslah bersweater kepantai uollss..sejukk nyahh~

saya dan ain ibarat..mak dan anak .
anak adalah terlebih zat kerana terlebih sehat dari emak..haha

muka bajet cool,
walaupon penat bergegas lari
lepas tekan button selftimer snap..haha

Wednesday, November 3, 2010

Jom lihat DUNIA

diputar-putarkan masa
dibalik-balikan hari
dihimpun-himpunkan cerita
disusun-susunkan kisah
BANYAK!
berselang-seli mendung dan cerah
bila cerah kita suka
bila mendung kita berduka
terkadang mencapah hati melonjak tinggi
terkadang merundum rasa terbenam jiwa
mahu sedunia tahu gembiramu
mahu semua berduka bersamamu
beginikah mensyukuri nikmatNya?
beginikah  redha dengan takdirNya?
KITA JAWAB!!

*kadang aku rasa hidup aku paling payah,tapi rupanya masih ada yang lebih lelah
kadang rasa cukup lemah,tapi mereka-mereka masih tabah.
aku??
buntu  tak buleh jwab exam,
kusut xcukup bajet,
sedih nak berpisah dengan senior2 yang rapat,
rindu mak ayah tgh buat haji,
mengada nak down.
tapi bila dengaq cerita kawan-kawan yang mak,ayah,tok,tokwan, baru meninggal,ada jugak yang berturut-turut dalam minggu yang sama hilang dua2 orang tersayang,ada yang rumah banjir terok,mak ayah bercerai berai,abang kakak lari dari rumah,kena pulau dengan kawan-kawan,dapat penyakit yang xdak ubat,ada yang belom sembuh dari sakit,macam-macam..itu baru yang aku tau.macam mana dengan yang lain-lain?yang lebih susah dari kita?nak sambung belajaq pon tak mampu,tak pernah tengok muka mak ayah pon dari lahir?
hoh..baru rasa celik mata.bersyukur dengan nikmat yang ada.
apapon buat mereka-mereka.berdoalah sentiasa,kerna doa itu senjata orang mukmin. mari berdoa untuk semua disekeliling kita.muga  terus TABAH mengadapi semua ujian.
saya tahu kamu kuat!!




Tuesday, November 2, 2010

awak yang pertama di hati saya ♥

sehari dua ini..awak kembali bertakhta dihati saya..bila dahi nak berkerut sikit awak cepat-cepat pujuk saya.awak punya jawapan untuk setiap selisih faham kita.awak faham saya sangat2.walaupun baru kenal..tapi dah serasi benor..kehulu kehilir kita bersama,nak berpisah ke toilet pon rasa resah gelisah.sebab awak paling sempurna..saya harap,awaklah yang terakhir sekali.jangan tinggal saya okeh.. 

oh nota kusayang.sila jangan hilang.tanpamu,apalah aku nak jawab exam petang esok..ahaks..

*esok fes paper,pkul 2.30ptg sampai pkul 5.nghee..dah..nak pi sambung study..semoga berjaya untuk cik madihah.sila jawab dengan tenang esok.saya tahu kamu boleh.dan lagi satu pesanan..cepat BLAH dari sini..pi study!!

Saturday, October 30, 2010

background tak lawa!

PADAN MUKA AKU..huhu.dok gatai tangan tukaq sapa suruh.selalunya pon aku akan buat backup,save code yang lama kat words.tp ni dengan confidentnya kutrus remove.rasakan.tahanlah layout burok ni.nanti ada masa free ganti balik.nyampah..huhu

untuk cik mawaddah sayang

hey macik..saya terharu har har har..
entry kamu :yang ini
buat saya tersenyum..bukan sebab bangga..tapi sebab taksangka kamu rasa mcamtu..n paling tasangka jujur betoi kamu bgtau saya apa yang kamu rasa..

cik mawaddah yang pakai baju biru,baju oren arifah,baju purple aina,hujung skali nazirah.weh,tengok gambaq ni.time fom4.dulu aku lagi chantek dari hang kot.lagi putih dari hang.hoh..hang guna produk apa la lani????haha?kata kawan baik!tapi tamau share!hoh..nyampah!hahaha..dulu time sekolah..punyalah rapat.tp time form1 sampai form 3 jalah..sbb pastu aku pindah skolah..dulu-dulu..oarang kata muka kta seiras.aku tapaham sebenaqnya.sbb aku lagi cun..haish!!orang selalu sangat tertukaq nama kita dua.ada jugak yang ter gabung dua jadi mawadihah..hahaha..comel.

hey..tak payah wat ayat sedih nak nompang-nompang bahagia orang.dah memang lumrah,kita kenalah bahagiakan orang yang selalu bahagiakan kita...sapa kata  aku tak bangga ada kawan mcm hang.hang kurus,chantek,lemah lembut,wlupon hang gelak mcm buaya sikit-sikit,,tap takpa..hahahaha..hang sempurna pada kacamata aku..anak yang baik,kakak yang penyayang,wlaupon senget kadang-kadang,,hang tetap kawan yang aku sayang.walaupon hang tak buleh simpan rahsia..hahahaha.n hang tabah ja layan aku yang mengong ni..yelah..ada orang tak suka kawan bnyak cakap.arifah ngn aina pon camtu.siap rasa kagum aku buleh cakap lama tanpa henti,dan bnyak idea.hoh.aku pon pelik..meybe aku tasedaq kot..tapi aku syukurla..atleast buleh wat kawan-kawan aku gembira...hehe.hey..thanks babe..~ahaks..luv you

MATAHARI

memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitu lah berseri wajah ummiku sayang
aku sayang ummi,
ummi,ku sayang ummi,,
sayang-sayang ummi..
ummi ku sayang..

sapa ingat lagu ni?time kecik2 nyanyi ramai kat tadika.pakai baju kotak-kotan kaler merah,tadika kemas.pastu balik rumah dok malalak nyanyi kat atas kusyen,buat konsert depan mak..nghee
hoho..rindu mak n ayah..dapat msg dari mak ,dah sampai kat mekah ..=)

okess..di pagi yang sunyi..pagikah?okla..belom pukul 12.kira pagilah jugak..ngheee..sronok pagi ni,ada matahari..muga hari yang baik untuk semua.dah berhari-hari xberpeluh.maklumlah dah masuk musim tengkujuh.huhu..24hours hujan renyai2...nak basuh baju adalah malas.sebab lambat kering.asyik ulang alik,angkat,sidai,angkat sidai,tak kering2 jugak.hoh.malas~so pagini buleh basuh jeans,n baju2 suma.hop panas sampai petang.exam dah dekat.fes paper hari selasa,baru tekinja-kinja siput nak buat note.kinja pon macam siput.ibarat tak berapa nak bersungguh sangat.hoh..apakah?nak study ka tamau?maklumla bila cuaca sejuk..tidoq adalah indah.takpon bersembang sambil bancuh teh 0+cicah roti +peanut butter.ouh heven..hehe..tipu sangat.aku mana buleh minum teh.tau kenapa??

INFO:
baiklah,untuk sesapa yang punya penyakit gastrik,,tahukah anda,,pengambilan sebarang bentuk kafein,akan menyebabkan perut anda dengan lebih pantas daripada biasa merembes juice penghadaman.maka adalah seksa andai dalam perut anda adalah kosong.kalau tak kosong pon dah perit.apatah lagi kalau kosong.maka anda akan mula terasa pedih ulu hati.amekla GAVISCON..nghee..sumber kafein,bukan sahaja dalam teh ataupon kopi,tapi ada jugak dalam minuman ringan yang berkaler hitam khususnya seperti pepsi dan coca-cola.so,elakkan!!!..kalau nak jugak minum..ready ubat okess..

okeh berbalik kepda matahari..huhu..tanpa matahari,cuaca adalah sejuk dan mendorong saya malas mandi..saat ini masih mengadap laptop,dah gosok gigi okeh!dah breakfes pon.cumanya belom mandi..nghee..sejuk..aku ni kureng sket mandi ayaq sejuk.dulu kat sekolah mengnegah.kadang-kadang bila dah masuk musim hujan,dengan tabahnya pagi aku angkut baldi pi water cooler tadah ayaq panas.pastu kacau dalam badli,baru mandi..wakakakaka..TEROK..macam budak kecik.maklumlah dulu pagi-pagi nak pi sekolah time dajah 1 dajah 2,rasanya sampai dajah 6 pon ada jugak ,ayah jerang ayaq panas.bancuh dalam baldi bagi suam-suam kuku,then ayah jiruskan..hoho..seronok!!..sampai sekarang ni pon..dekat maktab,kalu sejuk sangat saya akan jerang ayaq jugek,..nghee..penah taun lepas waktu pindah rumah baru,xdak water heater kat shower.jadinya saya malas bangun pagi.pagi raya kalau tak silap.dengan baik hatinya kakak saya masakkan secerek ayaq panas sebab nak suh saya bangun..hahahaha..so mengada..

nak berjogging petang-petang,kononnya nak tenangkan fikiran sebab bnyak study pon tak boleh.hujan..huhu..pi pasar malam,balik lencun..hujan.nasib baik minggu lepas dah puas bersukan.amali badminton batal.makanya kami bermain badminton selama 2-3jam tanpa henti..woho..puas!rasa kurus seketika lenganku..lengan ja lah..hehe..then esoknya men bola tampaq pulak.ada match interunit.wlupon saya ni penakut bola,okla..main dua game ja.yang lain suma main sendiri.puas jugak.wlupon kalah tapi seronok.sampaikan ada yang terseliuh kaki.sian cik pehan.yang sedang berdiri di sebelah saya.huhu..

meriah aku turun main bola tampaq.tudung pink. gitew..haha
jerit ja lebih.digging sokmo tak lepas..hehe..takut bola..serve bolehla..bola sampai ja tutup mata..hehe

ini my classmate,izzah, bertangan waja macik ni.suma acara guna tangan dia konker,lempar cakera,hawin lembing..nghee,,hawin maksudnya rejam or baling jugak .dia serve mmg ganas..nampak ja ayu..hehe

*lama tak menulis,panjang betol entry.madihah,busuk,pi mandi,baca buku!!....MATAHARI,jangan pergi ya..saya sayang kamu!